INFO MPP UPM
INFO MPP UPM
February 28, 2025 at 01:40 PM
#068 ( 28 FEBRUARI 2025  | 09:40 PM ) [ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2024/2025 ] [MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SANTUNI MADANI @ MASJID KAMPUNG TUNKU] Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam We Love UPM. Sukacita dimaklumkan bahawa pada 23 Februari 2025, seramai 2 orang wakil Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Sesi 2024/2025 telah menghadiri Majlis Perasmian Program Santuni Madani anjuran Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), bertempat di Perkarangan Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor. Program ini bertujuan untuk memupuk sikap cakna pemimpin yang sentiasa menyantuni dan menjadi suri teladan kepada komuniti. Selain itu, program ini memupuk budaya "sense of belonging" dan "proud with" serta meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui libat urus pemimpin melalui aktiviti-aktiviti yang telah dikenal pasti bagi menyelesaikan isu dan masalah komuniti. Semoga program ini dapat memberi impak yang berterusan kepada komuniti Kampung Tunku, memperkasakan masyarakat melalui pemindahan ilmu, serta melahirkan pemimpin yang prihatin dan bertanggungjawab. Dengan kerjasama pelbagai pihak, diharapkan program ini terus berkembang dan menjadi model kejayaan bagi usaha pembangunan komuniti yang lain. “Reformasi Pemangkin Kesejahteraan Holistik” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2024/2025 ————————— Ikuti berita dan maklumat hebahan MPPUPM di : Facebook : MPP UPM Instagram : mppupm_official Twitter: MPPUPM Tiktok : MPPUPM Telegram : INFO@mppupm Linkedin : MPP UPM #weloveupm #berilmuberbakti #malaysiamadani

Comments