INFO MPP UPM
INFO MPP UPM
February 28, 2025 at 02:10 PM
#069 ( 28 FEBRUARI 2025  | 10:10 PM ) [ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2024/2025 ] [PAYNET DIGITAL CAMPUS 3.0] Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam We Love UPM. Sukacita dimaklumkan bahawa pada 27 Februari 2025, seramai enam wakil Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Sesi 2024/2025 telah menghadiri PayNet Digital Campus 3.0, sebuah program anjuran Payments Network Malaysia (PayNet) yang telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi bertempat di Ballroom 1, Hotel Marriott Putrajaya. Program ini memperkenalkan pelbagai inovasi baharu oleh institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, termasuk sistem kupon penglibatan pelajar, sistem penghospitalan, dan banyak lagi. Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan kreativiti dalam kalangan mahasiswa tetapi juga menjadi pemangkin kepada pemodenan sistem kampus. Dengan penuh rasa bangga, UPM telah menerima "Special Recognition Award" atas kejayaan mencatatkan 1 juta transaksi dalam talian sepanjang kempen ini. Pengiktirafan ini adalah hasil usaha seluruh warga UPM dalam merealisasikan aspirasi ke arah kampus digital yang lebih maju. Diharapkan agar pencapaian ini akan menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkasa budaya pembayaran digital dalam kalangan mahasiswa. Dengan sokongan semua pihak, kita dapat membentuk ekosistem universiti yang lebih moden, selamat, dan efisien. Majlis Perwakilan Pelajar UPM akan terus komited dalam memperjuangkan inisiatif yang memberi manfaat kepada seluruh warga kampus, seiring dengan aspirasi ke arah transformasi digital yang lebih lestari. “Reformasi Pemangkin Kesejahteraan Holistik” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia Sesi 2024/2025 ————————— Ikuti berita dan maklumat hebahan MPPUPM di : Facebook : MPP UPM Instagram : mppupm_official Twitter: MPPUPM Tiktok : MPPUPM Telegram : INFO@mppupm Linkedin : MPP UPM #weloveupm #berilmuberbakti #malaysiamadani
😢 1

Comments