LOKMAN ADAM
LOKMAN ADAM
February 25, 2025 at 03:39 AM
Zahid Hamidi Gerakkan Tranformasi Besar KEMAS: KKDW komited Perjuangkan Pendidikan awal kanak-kanak Di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi KEMAS bukan lagi setakat tempat anak-anak belajar ABC & alif ba ta. Kali ni, naik taraf besar-besaran sedang jalan! ✅ Gaji & Perjawatan Guru KEMAS Dinaik Taraf Dulu kontrak, sekarang nak bagi tetap! Gaji pun nak bagi lebih berbaloi dengan pengorbanan mereka. Terbaik! ✅ Pra Tahfiz KEMAS Diperluas Bukan setakat cerdik dunia, tapi anak-anak KEMAS bakal cerdik akhirat juga! Hafaz Quran dari kecil, InsyaAllah jadi insan hebat. ✅ Tabika & Taska Dinaik Taraf, Tapi Yuran Tak Cekik Darah! Ibu bapa tak perlu risau. Kemudahan makin tip-top,makanan semakin sedap, tapi yuran masih mesra poket. Inilah KEMAS 2.0! ✅ Lebih Banyak Kelas, Lebih Ramai Anak KEMAS! Dengan pembukaan lebih 500 kelas baharu, semakin ramai anak-anak dapat tempat di Tabika KEMAS. Anggaran lebih 10,000 pelajar baharu akan mendapat manfaat daripada penambahan ini!. Alhamdulillah ✅ Guru-Guru KEMAS Dapat Penghargaan Setimpal! Dah lah guru KEMAS ni cantik, baik hati & komited dalam mendidik, bakal naik gaji pula! Ini yang buat para ayah makin rajin hantar anak ke Tabika KEMAS lepas ni! Makin ringan tugas ibu-ibu nampak gayanya Silap-silap ada ayah yang hantar anak tiap-tiap pagi, tapi duduk lepak kat pagar sampai tengah hari… tak sangup berpisah dengan anak alasan - nya🤭😂 Kesimpulan Nampaknya Zahid tidak salah pilih Ketua Pengarah KEMAS yang baru. Datuk Hanafiah Man memang orang yang tepat untuk bawa perubahan besar! Baru pegang jawatan, terus gasak buat kerja. Ini baru betul pemimpin yang turun padang, bukan duduk goyang kaki! MEMASYARAKATKAN KEMAS, MERAKYATKAN INSPIRASI KEPIMPINAN, MEREALISASIKAN HARAPAN RAKYAT #kkdw #zahidhamidi #kemas #hanafiahman #merealisasikanharapanrakyat #gurukemasterbaik #anakkemascerdik KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat https://www.facebook.com/share/1BAAcCzgx8/?mibextid=wwXIfr
👍 1

Comments