
Ustaz Wadi Annuar
February 16, 2025 at 03:52 AM
Aib adalah kekurangan yang mudah dilindung namun susah dipelihara sehingga ia selalu terkeluar melalui mulut, sama ada mulut tuan empunya aib atau mulut orang yang mencanangkan aib saudaranya.
Banyak kekurangan kita yang dipelihara oleh Allah SWT daripada pengetahuan awam. Boleh jadi kita dipandang mulia di mata manusia hanya kerana aib kita disimpan rapi. Namun, aib yang disebar-sebarkan akan memalukan tuan badan kerana menjadi bualan masyarakat.
Hati-hati kepada mereka yang gemar membuka aib saudaranya kerana suatu hari nanti Allah pasti akan membuka aib mereka pula dan akan dipertontonkan kepada seluruh umat manusia sejak zaman Nabi Adam a.s. sehingga hari kiamat.
Daripada Ibnu Umar r.anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ المُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ
Maksudnya: "Siapa yang mencari-cari aib saudara Islamnya, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya."
(HR Tirmizi)
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Anggaplah aib itu sebagai amanah orang. Seperti mana kita menutup rapat aib diri sendiri, seperti itu juga kita usaha memelihara aib saudara kita. Sembunyikan kekurangan orang seperti kita sembunyikan dosa sendiri.
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
#ustazwadiannuar
❤️
👍
😢
72