
Ustaz Wadi Annuar
March 1, 2025 at 08:20 AM
๐ง๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ & ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ ๐จ๐๐ง๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐
Atas Pengisytiharan ๐ณ ๐ฅ๐๐ฆ๐ข๐๐จ๐ฆ๐ Muzakarah Sultan Muizzuddin Shah 2025 dalam ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐จ๐๐๐๐ก ๐๐๐ ๐จ ๐ง๐๐ฆ๐๐จ๐ช๐จ๐ & ๐๐ ๐๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐ง
--------------------------------------
Harian Metro | 1hb. Mac, 2025
Oleh:
YM Engku Ahmad Fadzli Engku Ali,
Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak
๐ง๐จ๐๐จ๐ ๐ฅ๐๐ฆ๐ข๐๐จ๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ ๐๐ก, ๐๐ฆ๐๐๐ , ๐๐๐ฆ๐๐ก
Beberapa hari lalu, berlangsung Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang bertemakan 'Pemerkasaan Integrasi Antara Fiqh dan Tasawuf'.
Pada majlis berkenaan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Nazrin berkenan mencemar duli merasmikan dan menyampaikan Titah Diraja sempena muzakarah ini.
Pembentangan dan ucaptama bukan sahaja disampaikan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh dan ilmuwan daripada universiti-universiti tempatan, tetapi juga oleh ulama antarabangsa dari Mesir, Brunei, Iraq, Indonesia termasuk ucaptama oleh Menteri Waqaf Republik Arab Mesir, Syeikh Dr Usamah al-Sayyeed Al-Azhari.
Muzakarah bersetuju menetapkan dan mengisytiharkan tujuh resolusi sebagai perkara-perkara utama yang wajib diberi perhatian serius oleh semua pihak dalam usaha memperkukuh gandingan sinergistik antara ketiga-tiga rukun agama Islam dalam kehidupan individu Muslim dan masyarakat Islam iaitu:
๐ญ. ๐๐ผ๐บ๐ฝ๐ผ๐ป๐ฒ๐ป ๐ถ๐บ๐ฎ๐ป (๐ถ๐น๐บ๐ ๐๐ฎ๐๐ต๐ถ๐ฑ)
๐ฎ. ๐๐ผ๐บ๐ฝ๐ผ๐ป๐ฒ๐ป ๐๐๐น๐ฎ๐บ (๐ถ๐น๐บ๐ ๐ณ๐ถ๐พ๐ต)
๐ฏ. ๐๐ผ๐บ๐ฝ๐ผ๐ป๐ฒ๐ป ๐ถ๐ต๐๐ฎ๐ป (๐ถ๐น๐บ๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐๐ณ)
Ketiga-tiga komponen ini seterusnya melahirkan insan Muslim dan Mukmin yang mempunyai sifat ihsan dan bertakwa.
Justeru, bertunjangkan kepada Titah Diraja serta berpaksikan kepada ucaptama Mufti Perak dan berpandukan saranan yang diberikan oleh para ulama dalam ucapan serta pembentangan mereka sepanjang Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah 2025, maka pihak penganjur muzakarah yang mewakili Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan ini menerima dan mengisytiharkan pendirian serta dukungan terhadap tujuh (7) resolusi yang merangkumi perkara-perkara berikut:
๐ญ. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐ธ๐๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ถ๐น๐บ๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐๐ณ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐บ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐๐๐น๐ฎ๐บ
Ilmu tasawuf berserta amalan tarekat merupakan pelaksanaan kepada rukun Ihsan dan penghayatan hakikat takwa sebagaimana yang diajarkan melalui al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.
Ini termasuk perintah dalam ayat al-Quran yang menekankan kepentingan takwa serta hadis Jibril yang masyhur, yang bermatlamatkan merealisasikan maqam musyahadah (menyembah Allah seolah-olah melihat-Nya) dan sekurang-kurangnya merasai maqam muraqabah (menyembah Allah dengan menyedari bahawa Allah melihatnya). Oleh itu, ilmu tasawuf berserta amalan tarekat jelas merupakan rukun penting dan tonggak utama yang membentuk agama Islam bersama-sama ilmu tauhid (rukun iman) dan ilmu fiqh (rukun Islam). Ia wajib sentiasa dipertahankan dan diperkasakan oleh seluruh umat Islam kerana peranan tasawuf (rukun ihsan) sangat penting dalam membentuk peribadi Muslim yang berjaya, masyarakat Islam yang berakhlak, serta negara yang aman, harmoni dan penuh keberkatan.
๐ฎ. ๐ ๐ฒ๐บ๐ฒ๐น๐ถ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ธ๐๐ต ๐ถ๐น๐บ๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐๐ณ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐บ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐
Pihak berkuasa agama dan agensi-agensi di Perak perlu mengambil langkah serius dalam memelihara dan memperkukuhkan ilmu tasawuf serta amalan tarekat. Hal ini kerana realiti semasa menunjukkan bahawa ilmu tasawuf dan amalan tarekat sering kali tidak diberikan tempat yang sewajarnya, sama ada kerana terpinggir di samping rukun-rukun agama yang lain atau kerana sama ada dipersalahkan atau disalahgunakan oleh golongan ekstremis agama.
๐ฏ. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ถ๐น๐บ๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐๐ณ ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ด๐๐ฟ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฒ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป
Ilmu tasawuf perlu diajar secara tepat oleh guru-guru dan pembimbing yang berkepakaran, berpandukan teks dan rujukan muktabar. Ini perlu dilaksanakan dipelbagai lapangan iaitu di pusat-pusat pengajian khusus iaitu sekolah-sekolah, madrasah-madrasah, institusi-institusi pengajian perguruan, pusat-pusat pengajian tinggi dan juga di tempat pengajian umum seperti surau dan masjid, serta melalui program pembentukan pakar dalam ilmu dan amalan tasawuf.
๐ฐ. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ณ๐ฎ๐ต๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐๐ณ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ต๐ถ๐ต
Usaha perlu digembleng untuk menyebarluaskan kefahaman tasawuf yang sahih berdasarkan al-Quran dan as-Sunah, sejajar dengan manhaj para ulama muktabar seperti Imam al-Junaid dan Imam al-Ghazali serta tarekat muktabar seperti Tarekat al-Naqshabandiyyah, al-Qadiriyyah, al-Shazuliyyah, al-Rifa'iyyah, al-Ahmadiyyah al-Idrisiyyah, al-Sammaniyyah, Ba' Alawiyyah dan lain-lain lagi.
๐ฑ. ๐ ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐๐ณ
Langkah tegas perlu diambil untuk menolak ajaran sesat yang menggunakan nama tasawuf sebagai perlindungan, seperti Syiah, Ismailiyyah Batiniyyah, dan Ibahiyyun termasuk mereka yang mendakwa menjadi nabi, menafikan syariat yang pasti, menghalalkan yang haram secara pasti tanpa khilaf, atau berkepercayaan-kepercayaan yang menyimpang dan tergelincir daripada landasan Ahli Sunah Waljamaah mengikut neraca al-Ash'ariyyah dan al-Maturidiyyah.
๐ฒ. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ณ๐ฎ๐๐๐ฎ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป๐ธ๐ฎ๐ป ๐ถ๐น๐บ๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐๐ณ
Jabatan Mufti Perak perlu mengeluarkan fatwa untuk melindungi ilmu tasawuf serta menghalang perbuatan membidaahkan dan menyesatkan amalan-amalan tasawuf seperti zikir, selawat, munajat, suluk, hadrah, tabarruk, rabitah, tawassul, istighathah, ilham, yaqazah, kalam-kalam ulama agung sufi, keawalan Nur Muhammad, martabat tujuh, Wahdah al-Wujud yang muwahhid (yang membawa makna yang selari dengan akidah tauhid, Khaliq bukan makhluk) dan bukan Wahdah al-Wujud yang mulhid (yang dipesongkan maknanya bahawa Tuhan dan alam adalah entiti yang satu) dan lain-lain.
Lebih-lebih lagi, perkara-perkara ini telah dibahaskan secara panjang oleh ulama Ahli Sunah Waljamaah di dalam kitab-kitab mereka seperti Syeikh Abd al-Samad al-Falimbani. Ekoran daripada itu, Jabatan Agama Islam Negeri Perak perlu sentiasa prihatin dan proaktif dalam penguatkuasaan fatwa-fatwa ini.
๐ณ. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐๐ฏ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ธ๐บ๐ฒ๐ป ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ถ ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐น ๐๐ฒ๐น๐ถ๐ฎ ๐ถ๐น๐บ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐บ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ญ
Sebuah enakmen khusus perlu digubal dan dikuatkuasakan untuk mengatur serta mengawal selia pelaksanaan dan perkembangan ilmu serta amalan tarekat agar tidak dizalimi golongan ekstrem seperti sebahagian golongan Wahhabi yang menolak tasawuf seolah-olah ia bukan sebahagian daripada agama Islam, memperolok-olok, bahkan mensyirikkan amalan-amalannya atau seperti sebahagian golongan Syiah yang berselindung di sebalik nama tasawuf untuk menghalalkan perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat seperti yang dilakukan oleh golongan batiniyyah.
Muzakarah percaya bahawa resolusi ini, apabila dilaksa bakal melahirkan gandingan sinergistik antara iman (tauhid), Islam (fiqh), dan ihsan (tasawuf). Ia juga akan memastikan keseimbangan antara ketaatan zahir kepada ketentuan fiqh dan kepatuhan batin kepada tuntutan tasawuf, selaras dengan kata-kata Imam Malik RA bermaksud: "Sesiapa yang sekadar bertasawuf tanpa fiqh, sesungguhnya dia telah menjadi zindiq; Dan sesiapa yang sekadar melaksanakan fiqh tanpa tasawuf sesungguhnya dia menjadi fasiq; Dan sesiapa yang menghimpunkan antara kedua-duanya (beramal dengan Fiqh dan Tasawuf), maka barulah dia benar-benar tahqiq, iaitu mencapai kesempurnaan beragama yang sebenarnya."
Sumber:
Engku Ahmad Fadzil - The Original Page
โค๏ธ
๐
24