Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM Shah Alam
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM Shah Alam
February 6, 2025 at 09:04 AM
[ #lensamasjid: MAJLIS MERAIKAN DAN DOA SELAMAT UNTUK PROGRAM MOBILITI IMAM - IHYA RAMADAN DI EDUCATION MALAYSIAN AUSTRALIA SEPANJANG BULAN RAMADAN 2025 ] Assalamualaikum wrt wbt 6.2.2025 (Khamis) - Telah berlangsung majlis meraikan dan doa selamat untuk wakil deligasi ke Program Mobiliti Imam ke Australia untuk Ramadan ini. Dua orang Imam Masjid UiTM Shah Alam yang berpeluang untuk bertugas di Australia ialah Ustaz Ismail Hashim di Malaysia Hall Of Melbourne dan Ustaz Mohd Abdul Aziz di Malaysia Hall Of Sydney. Dalam amanat yang disampaikan oleh Pengarah BHEI, Tuan Haji Hanafi Haji Hamdani, beliau menyatakan hasrat yang sangat tinggi agar dapat berkhidmat dengan baik dan cemerlang seterusnya meningkatkan visibiliti universiti khususnya BHEI. Kami warga Masjid UiTM Shah Alam mendoakan semoga Ustaz Ismail dan Ustaz Aziz dalam perlindungan Allah SWT sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari Australia. Amin ya Rabb. Sekian, wassalam. https://www.facebook.com/share/p/15gr2YKspj/

Comments