
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM Shah Alam
February 11, 2025 at 08:34 AM
[ SOLAT HAJAT MEMOHON KESEJAHTERAAN & KEAFIATAN BUAT KDYMM TUANKU CANSELOR UiTM ]
Assalamualaikum wrt wbt.
Dimaklumkan Masjid UiTM Shah Alam akan mengadakan Solat Hajat Memohon Kesejahteraan & Keafiatan Buat KDYMM Tuanku CANSELOR UiTM mengikut ketetapan berikut:
1. 12 Februari 2025 (Rabu) selepas Solat Zohor
2. 13 Februari 2025 (Khamis) Bacaan Yasin, Solat Hajat (Selepas Maghrib)
3. 14 Februari 2025 (Jumaat) Selepas Solat Jumaat
Oleh yang demikian, dijemput kepada semua warga untuk melapangkan masa bagi menunaikan solat hajat ini.
Semoga Allah memberi kesejahteraan Dan keafiatan berkekalan kepada KDYMM Tuanku Canselor UiTM yang kita kasihi.
Sekian, wassalam.