
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM Shah Alam
February 24, 2025 at 12:31 PM
[ JOM TUNAIKAN ZAKAT FITRAH BERSAMA AMIL FITRAH MASJID UiTM SHAH ALAM (E103) ]
Assalamualaikum wrt wbt.
Insya-Allah kita bakal menemui Bulan Ramadan 1446H pada minggu hadapan.
Di kesempatan ini, pengurusan Masjid UiTM Shah Alam mengalu-alukan para jemaah warga UiTM Shah Alam membayar Fitrah bersama Penolong Amil Fitrah Masjid UiTM Shah Alam dan akan membuka Kaunter Zakat Fitrah sepanjang Bulan Ramadan ini.
Untuk makluman semua, pada tahun ini kadar Bayaran Fitrah berlaku sedikit perubahan.
Kadar yang telah ditetapkan adalah mengikut kadar beras yang dimakan iaitu RM 7.00 / RM 15.00 / RM 22.00. Boleh membayar secara pindahan wang ke akaun (Transfer) atau Tunai.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Amil Fitrah Masjid UiTM Shah Alam (E103):
Ustaz Mohd Syukri Mohd Fawzi 019- 250 7890
(Ketua Penolong Amil Fitrah, Masjid UiTM Shah Alam)
Ustaz Mohd Bakri Aminuddin 018- 207 3234
(Penolong Amil Fitrah, Masjid UiTM Shah Alam)
Semoga Ibadah kita di bulan Ramadan tahun ini diberi pahala yang berlipat ganda Insya Allah.
Sekian, Wassalam.
https://www.facebook.com/share/p/1EM2V4KfoX/
#lzs
#zakatfitrah
#ahlanyaramadhan
#ihyaramadhan
#masjidnadikeimananuniversiti
#masjiduitmshahalam
#madrasahramadan
#jiwamuttaqin
#bhei