
Agensi Antidadah Kebangsaan Official
February 16, 2025 at 06:57 AM
MATLAMAT PROGRAM HARI AADK BERSAMA MASYARAKAT
Program AADK Bersama Masyarakat ini merupakan satu inisiatif AADK dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyantuni masyarakat setempat dalam usaha pencegahan
isu dan masalah penyalahgunaan dadah atau bahan.
Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025 masih mengekalkan tema sama iaitu “Lebih Baik Cegah” dengan naratif baharu iaitu “Pencegahan Dadah Tanggungjawab Bersama” bertujuan memperhebat kerjasama antara agensi kerajaan, pihak swasta,
badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat, keluarga, insitusi pendidikan, dan komuniti dalam mewujudkan satu persekitaran bebas daripada dadah.
Sambutan ini bagi mengingatkan seluruh masyarakat Malaysia serta mengukuhkan komitmen dan tanggungjawab semua pihak dalam memerangi ancaman dadah yang merupakan isu kesihatan dan keselamatan negara.
#dadahterkawal2025
#lebihbaikcegah
#mdn_drugfighters
#malaysiamadani
#takperlustimguys
#kdn_togetherweareone