BAITUL ITQAN OFFICIAL
BAITUL ITQAN OFFICIAL
February 6, 2025 at 11:17 PM
📣ADAKAH ANDA TAHU? 🌸🌿🌸🌿🌸🌿 14 kurun kaum muslimin sama ada salaf dan khalaf berpegang dengan aqidah yang satu iaitu bahawa Allah ta'ala tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak berlalu ke atas-Nya oleh suatu masa pun. ▫Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit radiyaLlahu `anhu (w. 150 H) berkata dalam kitabnya al-Fiqhul-Absat: كَانَ اللهُ تَعَالَى وَلَا مَكَانَ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ الْخَلْقَ وَكَانَ اللهُ تَعَالَى وَلَمْ يَكُنْ أَيْنٌ وَلَا خَلْقٌ وَلَا شَيْءٌ وَهُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ Maksudnya: "Allah ta’ala itu ada azali, sedangkan tempat tidak ada pun (masih belum wujud) sebelum Dia mencipta makhluk. Dan Allah ta'ala itu ada azali dan suatu tempat pun tidak ada dan suatu makhluk yang lain pun tidak ada, dan Dia pencipta segala sesuatu". ▫Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Syafi`i radiyaLlahu `anhu (w. 203 H) berkata: إِنَّهُ تَعَالَى كَانَ وَلَا مَكَانَ فَخَلَقَ الْمَكَانَ وَهُوَ عَلَى صِفَةِ الْأَزَلِيَّةِ كَمَا كَانَ قَبْلَ خَلْقِهِ الْمَكَانَ لَا يَجُوْزُ عَلَيْهِ التَّغَيُّرُ فِي ذَاتِهِ وَلَا التَّبْدِيْلُ فِيْ صِفَاتِهِ Maksudnya: "Sesungguhnya Dia ta’ala ada azali, sedangkan suatu tempat pun tidak ada (masih belum wujud), maka Dia menciptakan tempat sedangkan Dia di atas sifat keazalian sebagaimana Dia ada azali (tanpa bertempat) sebelum Dia mencipta tempat. Mustahil perubahan berlaku ke atas-Nya pada zat-Nya dan mustahil juga penukaran berlaku pada sifat-Nya". [Dinukilkan daripada al-Imam al-Shafi'i oleh al-Hafiz Muhammad Murtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithafus-Sadatil-Muttaqin] 🌿🌸🌿🌸🌿🌸 💫Share!
❤️ 🤍 5

Comments