
BAITUL ITQAN OFFICIAL
February 7, 2025 at 02:35 AM
🔸Tazkirah Jumaat🔸
⚪SELAWAT AL-MIKYAL AL-AUFA⚪
Imam Abu Daud dan selainnya meriwayatkan bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
إن من أفضل أيامكم يوم الجمعة، فأكثروا علي من الصلاة فيه، فإن صلاتكم معروضة علي، فقالوا: يا رسول الله، وكيف تعرض صلاتنا عليك وقد أرمت، قال: إن الله تبارك وتعالى حرم على الأرض أجساد
الأنبياء.
Maknanya: "Hari-hari kamu yg terbaik adalah hari jumaat, maka perbanyakkan berselawat ke atas aku di saat itu kerana selawat kamu akan dipamerkan kepada aku, lalu sahabat bertanya Wahai Rasulullah bagaimana selawat kami akan dipamerkan kepadamu sedangkan kamu akan binasa?. Baginda bersabda sesungguhnya Allah Taala mengharamkan tanah bumi memakan jasad-jasad para Nabi".
Dan diriwayatkan oleh Imam al-Sakhawi dan selainnya bahawa Rasulullah bersabda:
"مَنْ صلّى عليَّ عَصْرَ يومِ الجُمُعَةِ ثمانينَ مرّةً غَفَرَ اللهُ لهُ ذنوبَ ثمانينَ عامًا"
Maknanya: "Sesiapa yg berselawat lapan puluh kali pada waktu asar di hari jumaat maka Allah mengampuni dosa2nya lapan puluh tahun". Antara lafaz Selawat ke atas Nabi yg disarankan membacanya pada hari jumaat adalah Selawat al-Mikyal al-Aufa, dan lafaz Selawat al-Mikyal al-Aufa adalah:
اللهُمّ صلِّ على محمدٍ النّبي وأزواجِه أُمّهاتِ المؤمنينَ وذُرّيتِه وأهلِ بيتِه كمَا صَلّيتَ على ءالِ إبراهيمَ إنّكَ حَمِيدٌ مجيدٌ
🌸Ayuh semua kita mengambil kesempatan di saat ini utk berselawat.
amal2kan dan sebar2kan.
❤️
🤍
4