
BAITUL ITQAN OFFICIAL
February 28, 2025 at 02:25 AM
Rasulullah ﷺ telah mengajar, yang sekali gus memerintahkan kepada kita untuk memulakan puasa dan raya dengan melihat anak bulan (rukyah hilal) semata-mata, tidak dengan kaedah lain. Sabda Baginda :
“Berpuasalah kalian kerana melihat hilal (anak bulan) dan berbukalah (berhari raya) kerana melihatnya, dan jika mendung (awan) menutupi kalian, maka genapkanlah Sya’ban kepada 30 hari” [HR Bukhari].