
Puisi, Sajak, Kata-kata, Cerpen Dan Novel Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta
February 15, 2025 at 04:39 AM
*NENEK KENA _SCAM_ .*
Kejadian ini bertarikh 6/3/2018.
Usai balik hantar 2 Botol _supplement_ B'Heaven kepada ejen di Mindef, lalu taman rekreasi Jelatek. (Pemilik produk B'Heaven _scammer_ , kawan pengasas ajaran sesat NLP Malaysia seorang Dato'. Hujung tahun 2018 hentikan bisnes _trading_ ni).
Seorang nenek, menahan kereta. Tak sampai hati membiarkan seorang warga emas bersendirian di situ, beta berhenti.
" _Makcik nak ke mana ni Makcik?_ ". Tanya beta sambil jemput makcik masuk kereta.
" _Makcik doakan kau dimurahkan rezeki, ada masalah dilapangkan, Allah sihatkan tubuh badan kau nak kau tolong makcik_ ". Katanya sambil menadah tangan. Terkedu beta dibuatnya.
Dalam hati pelik juga.
" _Aik, camner dia tahu aku sedang bermasalah?_ ". Ngumam beta dalam hati. 😅
" _Makcik nak minta tolong kau hantarkan makcik ke Kampung Baru. Tempat Ketua Kampung. Anak sedare makcik tipu makcik Nak. Duit pesaka Arwah Nenek dia, sesen pun tak bagi makcik. Makcik telepon dia, langsung tak berjawab. Walhal, nenek dia meninggal, dia sekeluarga bercuti di Port Dickson_ ". Kata makcik tu lagi.
Allahuakbar. Sedihnya. 😢
" _Ni makcik datang sini macam mana? Siapa hantar? Makcik tinggal di mana? Orang yang tinggal ngan makcik tahu ke makcik keluar ni?_ ".
Tanya beta macam polis. Risau la kan, walau tak ada kena-mengena, orang tua. Risau...
" _Makcik tingga dekat Zoo Negara dengan Kakak sedare. Dia keluar ke hospital ambil ubat. Datang sini tumpang orang je Nak._ " Jawab makcik Siti satu persatu.
Sampai di situ, _guard_ di sana halau makcik tu. Salah seorangnya cakap,
" _Biarkan je makcik ni. Dia memang macam ni hari-hari datang tanya bantuan. Kita dah cakap nanti kita telefon. Tak nak dengar_ ". Sebab hendak ambil anak bersekolah, beta bergegas balik tinggalkan makcik di tepi JUPEM atas permintaanya dengan persoalan,
" _ish, begitukah cara mereka layan orang tua?_ "
*MEMOHON BANTUAN BAITULMAL*
Pengalaman beta pernah jumpa pengarah baitulmal sendiri untuk memohon bantuan pelajaran belajar di _Institute of Information Technology Cosmopoint_ mudah lagi masa tu.
Selepas tamat belajar di situ hendak memohon lagi bantuan baitulmal bayar yuran UTM _Space_ memang susah. Muka kakitangan perempuan tidak pernah jernih. Buat kita ni seperti peminta sedekah. Sedangkan kita layak sebab asnaf fi sabilillah. Berlainan di Lembaga Zakat Selangor, kakitangannya bersopan-santun.
Sudah tamat belajar baru tahu daripada pensyarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berjanji dengan UTM _Space_ akan membiayai kos pembelajaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Mana ada. Beta dan kawan-kawan keluarkan wang KWSP _support_ kos pembelajaran kami sendiri.
_Scammer_ di mana-mana pun wujud. Mereka tidak fikir dosa dan neraka. Membunuh pun mereka sanggup. Sebab itu beta nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta anti _scammer_ .
T.me/Puisi_ieta
T.me/wujudnyaAllahzahirpadamanusia