Cinta Gaza Malaysia 🇵🇸
Cinta Gaza Malaysia 🇵🇸
February 7, 2025 at 01:38 AM
RANGKUMAN MISI WINTER #malaysiaaid2syria 2025 📍 Syria | 19 - 31 Januari 2025 Alhamdulillah, selesai misi winter #malaysiaaid2syria dengan jayanya. Kami berjaya menyampaikan bantuan kepada 5,000 penerima manfaat di Syria. Untuk makluman, antara bantuan yang telah berjaya diagihkan ialah pek kotak makanan asas, baju sejuk dan kit kebersihan. Kesemua bantuan ini diagihkan sebagai persediaan musim sejuk dan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Selain Cinta Gaza Malaysia, misi ‘MalaysiaAid2Syria’ diketuai oleh Muslim Care Malaysia dan disertai oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Surau Al-Muhsinin KLCC, Klinik Zenmed, Richiamo, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Harmoni Prihatin Malaysia (HPM). Terima kasih kepada semua penyumbang! Insha Allah semoga selepas ini lebih banyak projek atau bantuan kita cuba masuk ke dalam Syria. Kepada Allah kita berserah! JOM tonton video penuh di YouTube Cinta Gaza Malaysia! Video penuh: https://youtu.be/cPLulmRE3AI?si=GRKu6DD3YM8w6dog #heroes4hope #malaysiaaid2syria
❤️ 3

Comments