
Kelab Nadi Huffaz UniSZA
March 1, 2025 at 04:13 PM
✨Marhaban Ya Ramadhan ✨
Bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan telah tiba, Allah swt menjadikan bulan ini bulan yang paling mulia sebagai asbab untuk umat manusia lebih mendekatkan diri kepada-Nya , jadi marilah kita mengambil peluang ini sebagai langkah untuk memperbaiki diri dalam amal ibadat dan menjadikan amalan puasa sebagai latihan dalam mengajar diri erti kesabaran dan disiplin dalam kehidupan seharian.
Rasulullah SAW bersabda :
“Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan keberkatan, AIlah SWT mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah SWT melihat berlumba- lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah SWT hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah SWT di bulan ini.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)
Kelab Nadi Huffaz ingin mengucapkan Selamat Berpuasa Kepada semua Mahasiswa/i UniSZA.
Sekian , Terima Kasih.
“Mahasiswa Cakna Al-Quran, Generasi Harapan Agama”
Ikuti kami di laman :
Facebook: Kelab Nadi Huffaz UniSZA
Instagram: @nhunisza
Tiktok: official.nadihuff
Telegram: https://t.me/nhuffaz
Kelab Nadi Huffaz,
Sesi 2024/2025
Univesiti Sultan Zainal Abidin.
❤️
3