Perbadanan Putrajaya
Perbadanan Putrajaya
February 22, 2025 at 01:23 AM
Festival Ramadan Putrajaya 2025 bakal menjelang menjelang tiba.. Pada tahun ini, PPj akan berkolaborasi dgn Sdr Pinn Yang utk mempromosikan Bazar Ramadan Putrajaya dan Jualan Anjung Syawal. FRP2025 akan dimulakan 2 hari lebih awal dari tarikh 1 Ramadan iaitu dari 28 Feb sehingga 30 Mac 2025. Beroperasi dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam. FRP2025 akan berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya. FRP2025 dibahagikan kepada 4 komponen utama iaitu Bazar Ramadan P3, Anjung Syawal, Laman Oasis dan Laman Iftar. Bagi komponen Bazar Ramadan P3, terdapat 288 gerai yang bakal menjual lebih 1000 menu juadah berbuka puasa bertempat di lot berhampiran Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin. Pengunjung turut mempunyai pilihan untuk mendapatkan juadah berbuka di Laman Oasis terletak di antara Blok AB dan CD, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Selain itu, pengunjung juga berpeluang berbuka puasa berkonsepkan berkelah di kawasan padang berhadapan Kompleks PPj. Bagi komponen Anjung Syawal pula, dianggarkan 300 penggerai akan turut serta termasuk selebriti tempatan dan pempengaruh terkenal Malaysia yang menjual barangan persiapan raya. Di samping itu, pengisian tazkirah, persembahan dan hadiah cabutan bertuah lumayan turut disediakan kepada para pengunjung. Festival Ramadan Putrajaya 2025 menyediakan konsep pembayaran tanpa tunai (Cashless Initiative) sepenuhnya bagi menyokong inisiatif Putrajaya sebagai Bandar Raya Rendah Karbon. Kempen yang memberi impak yang positif kepada kebajikan rakyat dan pemuliharan sekitar seperti Kempen Hindari Penggunaan Plastik Sekaliguna, Kempen Elakkan Pembaziran Makanan (Beli Apa Yang Perlu sahaja), Kempen Pengurangan Sisa Organik Melalui Pengkomposan di Festival Ramadan Putrajaya dan Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai daripada Bazar Ramadan Putrajaya masih diteruskan dan mendapat sambutan baik daripada para peniaga. Jemput datang untuk memeriahkan Festival Ramadan Putrajaya 2025. #ramadan2025 #ramadanputrajaya #putrajaya

Comments