HEBAHAN MPP UniSZA
HEBAHAN MPP UniSZA
February 27, 2025 at 11:52 AM
*[MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENGADAKAN PROGRAM SATU INFAQ, SEJUTA RAHMAT 2025/1446H]* Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa, Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA sesi 24/25 akan mengadakan Program Satu Infaq, Sejuta Rahmat dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor dan Alumni (HEPA) UniSZA dan Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA. Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan mahasiswa UniSZA terutamanya mahasiswa yang kurang berkemampuan dengan menyediakan pek makanan berbuka puasa semasa bulan Ramadan. Sehubungan dengan itu, pihak MPP UniSZA dengan rasa rendah diri memohon sumbangan daripada Pihak Tuan/Puan bagi menjayakan program ini. *"Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" (Riwayat At-Tirmidzi,3/807;Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi)* Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi: MPP Suhada: 019-6810593 MPP Alia: 017-2116844 Segala sumbangan anda amat kami hargai. Sekian, terima kasih. _"Mahasiswa Insani Membangun Aspirasi"_ Exco Kebajikan, Keselamatan, Kesihatan dan Persatuan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin Sesi 2024/2025 Ikuti berita dan maklumat hebahan dengan follow dan like kami di laman sosial berikut: Facebook: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA Youtube: Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA Telegram: Hebahan MPP UniSZA Twitter: @mppuniszaoffcl Instagram: @mppuniszaofficial Tiktok: @mpp_unisza #demiunisza #uniszapastitahu #ilmudemifaedahinsan

Comments