Gerakan Pengundi Sedar
February 21, 2025 at 09:26 AM
Pengusiran orang Melayu di bandar secara perlahan tanpa kita sedar, Hanya segelintir yang betul-betul berjuang. Politikus datang dan pergi mengikut kepentingan mereka. Empat daripada lapan blok flat di Kampung Sungai Bharu sudah dirobohkan. Bekalan air dan elektrik dipotong. Empat lagi menanti waktu. Pampasan diberi tidak setimpal, orang Melayu dikatakan tamak haloba. Belum lagi dikira Akta Pembaharuan Semula Bandar yang kini dalam proses untuk diusul ke parlimen Julai ini.
Sedang Kampung Baru Cina ditatang bagai minyak yang penuh oleh Menteri KPKT. Jutaan dana disalurkan untuk membangun infrastruktur. Pelbagai pertandingan dilaksanakan supaya meriah dan dapat menarik pelancong luar. Kementerian anjurkan ekspo dan bermacam-macam lagi untuk bangunkan kampung dan produk mereka.
Ironi bukan? Ini tanah kita. Tapi kelihatannya semakin lama kita semakin ditekan.
Sama ada kita sedar atau tidak.
Sama ada kita peduli atau tidak.
Jangan sampai kita hilang tanah, hilang maruah.
#gerakanpengundisedar
😢
1