Gerakan Pengundi Sedar
February 25, 2025 at 08:39 AM
Ali (bukan nama sebenar) duduk di satu pangsapuri berusia 20 tahun yang mempunyai 100 penghuni. Bersama keluarga, termasuk mak ayah yang uzur dan memerlukan rawatan di hospital yang jaraknya hanya 10 minit dari rumah itu.
Sebelum ini ada pemaju yang datang berunding nak bagi pampasan kepada Ali untuk dia dapatkan tanah tu. Pangsapuri tu akan dirobohkan untuk dibuat pembangunan baru. Dulu, Ali tak setuju sebab kalau dia pindah jauh, susah dia nak uruskan mak ayah yang uzur. Jadi pemaju tak dapat teruskan projek pembangunan sebab tak dapat 100% persetujuan.
Selepas Akta Pembaharuan Semula Bandar berjaya dilaksanakan:
Pemaju sudah berunding dengan semua pemilik rumah dan 80 daripadanya sudah setuju dengan syarat dan pampasan yang diberikan.
20 orang pemilik rumah termasuk Ali tidak bersetuju. Namun disebabkan akta baru itu, Ali terpaksa juga akur. Dia perlu pindah ke tempat yang lebih jauh dan menyukarkannya menguruskan mak ayahnya yang perlu selalu ke hospital. Kos pengangkutan meningkat dan dia tidak mampu menanggung dengan kos sara hidup yang semakin tinggi di bandar.
Rumah tetap akan roboh walaupun Ali menerima pampasan.
Ali semakin tertekan dan akhirnya berpindah ke kampung yang lebih memudahkannya menguruskan mak ayah dan kos sara hidup lebih rendah.
Jika ada 10, 100, atau 1000 orang seperti Ali, apakah yang akan berlaku kepada bandar di Malaysia?
.
Ikuti media sosial GPS
https://t.me/pengundisedar
https://bit.ly/YouTube4bjbiJa
#gerakanpengundisedar
👍
2