Gerakan Pengundi Sedar
Gerakan Pengundi Sedar
February 27, 2025 at 07:22 AM
Kita percaya kerajaan sudah ada maklumat berkenaan kartel padi dan beras. Walaupun pada awalnya Menteri Pertanian kata tak tahu-menahu, kemudiannya Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kata kajian sudah siap November tahun lepas. Mohamad Sabu kemudiannya kata PMX akan umumkan hasil kajian tersebut, namun sudah tiga purnama berlalu kita masih menanti hasil kajian. Armizan selaku Menteri KPDN baru, baru saja umumkan bahawa tiada kartel dan kajian tidak akan diumumkan di Parlimen. Pulak dah. Kita hairan kenapa kerajaan berdolak-dalik begini. Kalau padi katakan padi, Tidak saya tertampi-tampi; Kalau jadi katakan jadi, Tidak saya ternanti-nanti. Siapa yang sabotaj beras rakyat? Kartel atau kerajaan? . . Ikuti media sosial GPS https://t.me/pengundisedar https://bit.ly/YouTube4bjbiJa #gerakanpengundisedar

Comments