
GENG SURAU UniSZA
February 1, 2025 at 01:12 PM
*[SELAMAT MENYAMBUT HARI HIJAB SEDUNIA]*
Sempena Hari Hijab Sedunia, marilah kita meraikan hijab bukan sekadar sebagai sehelai kain, tetapi sebagai lambang ketaatan, kehormatan, dan identiti seorang Muslimah.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Ahzab, 33:59)
Semoga kita istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna. Tutup aurat bukan untuk menyusahkan, tapi untuk menjaga. Bukan sekadar gaya, tapi tanda taqwa.
Wallahua'lam.
Ikuti kami di media sosial
Geng Surau UniSZA:
https://linktr.ee/GS_UniSZA
‘Semarakkan Cinta Ilahi Menuju Firdausi’
Geng Surau Universiti Sultan Zainal Abidin Sesi 2024/2025
#gengsurauunisza
#uniszapastitahu
#keluargaunisza
#uniszahebakkali
#malaysiamadani
❤️
1