
Wikimedia Malaysia - Kumpulan Komuniti Pengguna
February 9, 2025 at 02:42 AM
Pada 8 Februari 2025, 3 orang sukarelawan Wikimedia Malaysia telah bersama tim WikiTutur dan ahli pertubuhan Kalamelayu menjayakan WikiTutur 2.0 Tanjungpinang, sebuah acara bagi merakamkan bahasa Melayu Kepulauan Riau ke dalam projek Wikimedia.
.
Acara ini ialah satu daripada 8 siri WikiTutur 2.0 yang digerakkan sukarelawan Wikimedia dari Jakarta, Indonesia, dan merupakan siri kedua yang disertai wakil Malaysia selepas WikiTutur 2.0 Padang pada Oktober 2024.
.
Selain laman Lingua Libre dan Wikikamus (Wiktionary) yang digunakan bagi merakam kata dan ayat, para peserta yang terdiri daripada mahasiswa tempatan turut didedahkan dengan laman Wikisumber (Wikisource) yang digunakan bagi merakam dan memelihara naskhah lama.
.
#bahasamelayu #wikitutur #wikisumber
#wikijkt #wikimediamalaysia #kalamelayu
❤️
👍
4