Nota Emas
Nota Emas
February 15, 2025 at 07:17 AM
Gais. Salah satu risiko berjual beli emas secara online terutamanya kat FB group, ig, mudah dan lain-lain adalah risiko anda kena scam. Pembeli emas berisiko kena scam. Penjual emas pun berisiko kena scam. Terdapat banyak modus operandi scammer kat online. Saya screenshot posting seorang penjual emas online yang hampir kena tipu dengan seorang scammer yang menggunakan teknik bayar dengan cek (floating). Gais. Kalau nak selamat dalam urusan jual beli emas, anda jual beli terus dengan syarikat emas sebab tiada risiko kena tipu. Jual beli kat online memang boleh untung lebih sket, tapi ia membuka ruang kena scam bagi mereka yang naif. Kalau kena scam dalam emas, memang besar kerugiannya. Semoga bermanfaat. #notaemassyukorhashim

Comments