Suka Filem
Suka Filem
January 31, 2025 at 11:48 PM
Susuk:Kutukan Kecantikan ni macam kutukan la jugak. Filem ni agak kurang menjadi untuk sebuah filem berkaitan susuk. Unsur seramnya biasa biasa walaupun visual dia memang cantik. Kisahnya berpusat pada Laras, seorang pekerja seks komersial (PSK) yang menggunakan susuk untuk meningkatkan kecantikannya. Laras berhasrat untuk meninggalkan pekerjaannya dan memperbaiki hubungannya dengan adiknya, Ayu. Namun, selepas mengalami kemalangan, Laras mendapati dirinya terperangkap dalam keadaan antara hidup dan mati. Tak payah susuk, ni pun dah cukup... https://s.shopee.com.my/10nhj4Hp4d Ayu, bersama rakannya Arman, berusaha mencari cara untuk menyembuhkan Laras dengan mendapatkan bantuan daripada pelbagai individu. Namun, mereka mendapati bahawa susuk yang digunakan oleh Laras bukanlah susuk biasa! Apa yang bakal terjadi kepada Laras? Berjayakah dia lari dari kutukan kecantikan yang memagari dirinya dari maut? Susuk: Kutukan Kecantikan boleh distrim di Netflix. Susuk: https://youtu.be/B_i7jxtc2fE
👍 1

Comments