Suka Filem
March 2, 2025 at 12:41 AM
Kayu pembohong popular dibikin dalam versi lebih real.
Walaupun banyak lari dari kisah dongeng asal, filem ni tetap menghiburkan!
Guillermo del Toro's Pinocchio mengisahkan seorang tukang kayu bernama Geppetto yang mencipta sebuah patung kayu dalam keadaan penuh kesedihan.
Secara ajaib, patung itu dihidupkan, dan dinamakan Pinocchio. Namun, Pinocchio bukan sekadar patung biasa — dia penuh rasa ingin tahu, nakal, dan berusaha mencari tempatnya dalam dunia yang sukar difahami.
Sepanjang perjalanannya, Pinocchio menghadapi pelbagai cabaran dan pengembaraan, bertemu dengan kawan dan musuh yang menguji keberanian serta hatinya.
Jap... Berbuka dengan jus buah kini tak perlu susahkan diri lagi... Ninja kan ada...
https://s.shopee.com.my/8fDuId23ow
OK sambung!
Di sebalik semua itu, dia belajar tentang kasih sayang, pengorbanan, dan makna sebenar menjadi "manusia".
Guillermo del Toro's Pinocchio boleh distrim di Netflix.
Guillermo del Toro's Pinocchio: https://youtu.be/omz5cRgRwiE