||• ❞ العُلَمَاءُ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ ❝ •||
                                
                            
                            
                    
                                
                                
                                February 13, 2025 at 12:46 PM
                               
                            
                        
                            APAKAH ADA KEUTAMAAN PADA MALAM DAN SIANG HARI NISFU SYA'BAN❓
🖋️Berkata Asy Syaikh  Shalih Al Utsaimin rahimahullah :
بعض الناس في النصف من شعبان يعمل الطعام ويتصدق به على الفقراء، يظن أن لهذا اليوم مزية في الصدقة وليس كذلك. الواقع أن هذه من البدع، وأن نصف شعبان ما له مزية هو كغيره من أنصاف الشهور، ليس فيه شيء إلا أنه إذا كان يصوم البيض صام النصف فقط، وأما تخصيص ليلة النصف بقيام أو يوم النصف بصيام فلا أصل له، ولم يثبت عن النبي ﷺَ في ذلك شيء.
📚 سلسلة لقاءات الباب المفتوح [٢٢٢]
Sebahagian manusia pada pertengahan Sya'ban biasanya membuat makanan dan menyedekahkannya kepada fakir. Mereka menyangka bahwa hari itu memiliki keutamaan untuk bersedekah, padahal tidak demikian. Hakikatnya bahwa perbuatan itu merupakan perkara bid'ah.
Sesungguhnya nisfu Sya'ban tidak memiliki kekhususan apapun. Ia sama seperti hari di pertengahan bulan-bulan yang lain. Tidak ada keutamaan sedikitpun, kecuali jika seseorang terbiasa puasa ayyamul bidh (tarikh 13, 14 dan 15), maka ia boleh puasa hanya pada hari-hari itu saja di bulan Sya'ban. 
Adapun mengkhususkan shalat pada malam nisfu Sya'ban atau berpuasa pada siang harinya, maka perbuatan ini tidak ada hadits yang menunjukkan perkara tersebut. Tidak ada sedikitpun dalil shahih dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tentang perkara tersebut.
📚 Silsilah Liqa at  Al Bab Al Maftuh 222
📩 Joint Channel :
https://t.me/Ummbisyir
-WhatsApp Chanel
https://whatsapp.com/channel/0029VaoZgqKFXUuRR7aXX93T
🗓 KHAMIS 14 SYA'BAN 1446 Hijriyah - 13/2/2025 Masehi