
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
February 14, 2025 at 10:05 AM
Ulang tahun Kesyahidan Imam Hasan al-Banna.
Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna merupakan pengasas gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir pada tahun 1928 pasca kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah. Beliau mengajak masyarakat kepada kefahaman Islam yang syumul meliputi seluruh aspek kehidupan tanpa terpisah-pisah.
Gerakan Ikhwan Muslimin dan pemikirannya telah berkembang ke seluruh dunia hingga kini melahirkan ramai tokoh-tokoh pendakwah dan syuhada' antaranya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Ismail Haniyeh dan lain-lain.
Musuh ingin memadamkan fikrah beliau dengan melepaskan beberapa das tembakan pada tubuh beliau selepas pertemuan di pejabat gerakan Syubban Muslimin di Kaherah dan dibiarkan mengalir darahnya di hospital hingga menemui syahid pada 12 Februari 1949.
Semoga kita mencontohi beliau dalam kesungguhan berdakwah dalam usaha membina peradaban Islam yang diidamkan.
_____
Ikuti perkembangan kami di
https://bit.ly/ikatanmusliminmalaysia
Daftar ahli ISMA di
https://ahli.isma.my/register
❤️
👍
2