
PUJB OFFICIAL
February 1, 2025 at 10:07 AM
https://www.facebook.com/share/p/15sh7VC3m7/
.
Melalui Kenyataan Media Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air pada 29 Januari 2025, Program Nikmat Untuk Rakyat PETRA (NUR@PETRA) menyediakan e-Rebat berjumlah RM70 JUTA bagi pembelian peralatan elektrik cekap tenaga.
.
Program NUR@PETRA merupakan kesinambungan daripada kejayaan pelaksanaan Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) yang sebelum ini terhad kepada pengguna elektrik domestik sahaja. Bagi menggalakkan lebih ramai pengguna elektrik membeli dan menggunakan peralatan cekap tenaga, program ini telah dijenamakan semula serta diperluaskan manfaat dan kumpulan sasarnya merangkumi pihak industri, komersial termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
.
Permohonan e-Rebat untuk Program NUR@PETRA bagi Kategori Pertama (Domestik) bermula pada 31 Januari 2025.
.
Bagi Kategori Kedua (PMKS), permohonan e-Rebat akan bermula pada 15 Februari 2025.
.
Manakala, permohonan rebat untuk Kategori ketiga (Industri dan komersial) akan mula dibuka pada 1 Mac 2025.
Untuk maklumat lanjut dan permohonan e-Rebat, layari www.seda.gov.my/nur sekarang!
.
Sumber : SEDA Malaysia
.
#nurpetra #sedamalaysia #rebatcekaptenaga #jimattenagajimatwang #sustainability