
PUJB OFFICIAL
February 14, 2025 at 02:40 PM
https://www.facebook.com/share/p/19oQLBHanQ/
.
SERTAI KURSUS "TRANSFORM YOUR PACKAGING"
.
Aspek pembungkusan dan pelabelan makanan adalah elemen penting dalam mempengaruhi pelanggan. Tidak dinafikan elemen pembungkusan walaupun ada yang menganggap ia satu perkara kecil, namun memainkan peranan dalam menentukan pasaran serta menarik minat pembeli untuk terus membeli produk yang dihasilkan.
.
Justeru, PUJB memberi peluang kepada para usahawan yang memiliki produk untuk menyertai kursus "Transform Your Packaging" yang dilaksanakan menerusi 3 edisi dengan kerjasama SIRIM iaitu di Johor Bahru (Pejabat PUJB), Kluang (Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Kluang) dan Muar (Galeri Sime Darby, Pagoh).
.
Kepada usahawan yang berminat, boleh memilih salah satu tarikh dan lokasi yang sesuai dan terus mendaftar di pautan berikut:
1.Edisi Johor Bahru di PUJB pada 25-26 Februari 2025
. https://catalog.billplz.com/AmazingPUJB/payment-form/packagingpujb
.
2.Edisi Kluang di Kolej Komuniti Kluang pafa 15-16 April 2025
. https://catalog.billplz.com/AmazingPUJB/payment-form/packagingpujb02
.
3.Edisi Muar di Galeri Sime Darby, Pagoh 7-8 Mei 2025
. https://catalog.billplz.com/AmazingPUJB/payment-form/packagingpujb03
.
Kongsikan kepada yang lain-lain. Semoga informasi ini dapat memberi manfaat dan nilai tambah khususnya buat usahawan-usahawan di Negeri Johor.
.
#amazingpujb #pujbkesayanganusahawan #keusahawanankerjayapilihan