
SINARDAKWAHMEDIA
March 1, 2025 at 11:21 AM
Semoga Ramadhan yang akan hadir dalam beberapa jam saja lagi mampu membentuk nafsu kita dari nafsu ammarah kepada nafsu mutmainnah.
Perbanyakkan membuat amal kebaikan. Tinggalkan perkara yang tidak mendatangkan manfaat.
Para ulama' menyebut malam pertama Ramadhan sebagai Lailatun Nadzrah iaitu malam pandangan kasih sayang daripada Allāh.
Semoga Allāh berkenan memilih kita sebagai hamba yang dipenghujung Ramadhan nanti keluar sebagai hamba yang tiada dosa.
Pertemukan lah kami semua dengan malam lailatulqadar.
Ramadhan Kareem ✨🤍