Tarbiah Daily
February 1, 2025 at 06:56 AM
*Tarbiah Negara Madinah di Tangan 12 Orang Naqib*
Angka 12 orang naqib (boleh kita simpulkan sebagai ketua atau penjaga) mempunyai kedudukan yang istimewa dalam islam.
Pertama, 12 orang naqib telah diangkat dalam kalangan Bani Israel:
وَلَقَدْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَبَعَثْنَا مِنْهُمُ اثْنَيْ عَشَرَ نَقِيبًا
Ertinya: Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan “KAMI TELAH UTUSKAN DARI KALANGAN MEREKA DUA BELAS KETUA (UNTUK MEMIMPIN GOLONGAN MASING-MASING)”;
(al-Ma’idah [5:12]
Peristiwa ulung berikutnya adalah pelantikan 12 orang naqib dalam perjanjian Aqobah kedua, sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah.
Perjanjian ini melibatkan 73 atau 75 sahabat termasuk 2 orang sahabiyah dari Madinah. Setelah janji setia diambil, Rasulullah dikatakan telah menyebut:
أخرجوا إليَّ منكم اثني عشر نقيبًا يكونون على قومهم بما فيهم
Keluarlah dari kalangan kamu 12 orang naqib yang akan memimpin kaum kalian
(Raheeq Makhtum)
Pelantikan 12 naqib ini seolah-olah memberi isyarat bahawa mereka telebih dahulu membimbing angkatan perjanjian Aqobah menjadi 12 kumpulan kecil seramai 5-6 orang satu kumpulan.
Kemudian dari kumpulan-kumpulan ini, mereka membantu mentarbiah dan mempersiapkan bumi Madinah sebelum ketibaan Rasulullah.
Bukankah ini menunjukkan keberkesanan pendidikan dan support system dalam kumpulan-kumpulan kecil yang tersusun dan berfokus. Gerakan berkumpulan kecil ini menjadi batu asas mengerakkan islam di Madinah.
Pastinya tindakan Rasulullah ini bukan sekadar "ikut terlintas" tetapi merupakan arahan yang bersumber bimbingan rabbani dari Allah SWT.
Ini adalah bentuk pengagihan tugas yang cerdas dari seorang pemimpin yang bewawasan jauh seperti Baginda SAW.
Kumpulan-kumpulan kecil untuk mentarbiah, sama ada namanya usrah, bulatan gembira, lingkaran, liqa dan apa nama sekalipun merupakan rahsia untuk mengembalikan umat yang kuat dan perkasa.
Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://t.me/tarbiahdaily
❤️
👍
8