Tarbiah Daily
Tarbiah Daily
February 6, 2025 at 06:35 AM
MEMAHAMI PERANG HAGEMONI Amerika juga ada masalah dalaman yang tersendiri. Masalah infrastruktur, ekonomi, bahkan kebakaran yang melanda Los Angeles masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya. Namun kerajaan Amerika tak kira siapa presidennya, baik Trump mahupun Biden, tidak ada masalah untuk menghulurkan bantuan berbillion-billion untuk Israel bagi tujuan peperangan. Kerajaan Amerika memahami hagemoni mereka yang bakal terjejas sekiranya Israel dilenyapkan. Mereka juga nampak ancaman sekiranya Palestin dan rantau timur tengah dipimpin oleh umat Islam yang merdeka. Inilah perang hagemoni. Namun sedihnya ada umat Islam di Malaysia yang marah sekiranya kerajaan Malaysia menghantar bantuan ke Gaza. Walaupun bantuan itu hanya dari sudut kemanusiaan. Sedangkan pada fasa sekarang, yang jauh diperlukan oleh umat Islam Palestin adalah bantuan ketenteraan!
❤️ 😢 👍 14

Comments