Tarbiah Daily
Tarbiah Daily
February 10, 2025 at 01:52 AM
ANTARA MAHU DAN MAMPU Ada manusia yang memililki segala kemampuan namun yang tiada hanyalah kemahuan. Maka kemampuan hanya menjadi sebuah kesiaan. Di mana ada manusia lain pula tidak memiliki kemampuan, yang ada hanyalah sebuah kemahuan yang membuatkan dia terus berjalan walaupun dalam “kecacatan”. Di antara mahu dan mampu, Yang akan menggerakkan seorang manusia akhirnya ialah mahu. Apabila seseorang itu mahu, maka Allah pasti memampukannya. Namun jika tiada lagi mahu, maka seribu satu kemampuan pun tidak lagi berguna. Maka tanyalah diri kita, bukan pada paras mana kemampuan tapi pada setinggi mana kemahuan. Kerana mahu itu boleh diusahakan dalam jiwa, manakala mampu itu pada kuasa Allah untuk mengizinkannya. ‎وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُوا۟ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ ٦٩ Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami
❤️ 👍 22

Comments