Tarbiah Daily
Tarbiah Daily
February 13, 2025 at 12:22 AM
*Doa Supaya Terlepas Dari Bebanan Hutang* Apa yang kita boleh belajar dari kisah Abu Umamah yang stress dengan hutang. Hadis Abu Said al-Khudri RA. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: “Rasulullah SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: “Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?” Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!” Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.” Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.” Riwayat Abu Daud (4/353). Ini antara hadith yang saya suka kongsikan dalam perkongsian saya. Selain tentang doa yang nabi ajar. Hadith ini juga merakam kisah interaksi antara Rasulullah dan sabahatnya yang dalam keadaan dukacita. Ia juga memberi pengajaran penting buat orang yang berdukacita - berkongsilah. Jangan memendam perasaan, kerana ia akan membarah dalam jiwa. Berkongsi dengan mereka yang anda percaya, sekalipun masalah anda tidak selesai, namun keberkatan ukhuwwah itu akan membawa kepada jalan keluar. Dengan izin-Nya. Berkongsilah, supaya anda tahu anda tidak keseorangan. Credit: Dr. Rozanizam Zakaria Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah
❤️ 👍 18

Comments