
Tarbiah Daily
February 15, 2025 at 07:49 PM
Daurah Fiqh Zakat anjuran Mukmin Perintis.
Zakat merupakan rukun islam yang unik dan menjadi syiar kebanggaan agama ini.
Satu sistem yang tidak mampu ditandingi kelemahan pemikiran sosialis yang menolak pemilikan individu dan pemikiran kapitalis yang menjadikan individu mengutamakan pemilikan kapital (modal/harta) berbanding yang lain.
Islam mengiktiraf pemilikan individu pada masa yang sama menyelamatkan manusia daripada tenggelam dalam pengumpulan harta dengan mengingatkan bahawa pada harta mereka ada hak orang lain melalui penunaian zakat.
Firman Allah:
[Surah At-Tawbah: 103]
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://t.me/tarbiahdaily
❤️
👍
12