
Tarbiah Daily
February 23, 2025 at 04:39 PM
*Curahan Hati, Biarlah Kepada Allah*
Hati ini kalau mahu pecah, mata ini kalau airnya sudah mahu tumpah biarlah ianya hanya kepada Allah...
Persis ucapan Nabi Ya’qub yang disebut oleh Allah SWT ;
قَالَ إِنَّمَا أَشْكُوْ بثّيْ وَ حُزْنِيْ إِلَى اللهِ
“Dia (Ya’qub) menjawab: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (Yusuf: 86)
Sungguh, Allah sudah mencukupi...
أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ
“Bukankah Allah itu mencukupi untuk hamba-Nya.” (Az Zumar: 36)
DIriwayatkan dalam sebuah hadith bahawa baginda s.a.w bersabda ;
وَاعْلَمْ أنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرِ
Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya pertolongan itu akan datang bersama dengan kesabaran (melalui sabar akan tercapailah bantuan dari Allah). [Riwayat Ahmad dan al-Hakim]
Sebelum tidur malam ini, niatkan dalam hati, supaya direzekikan dapat menghadap Allah, untuk meluahkan semua luka-luka kehidupan.
ليلة سعيدة
❤️
😢
🙏
30