
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
February 8, 2025 at 05:38 AM
Dasar Francais Negara (DFN2030) perkukuh hub global pembangunan francais negara sekali gus tingkatkan pertumbuhan keusahawanan yang inklusif dan mampan.
DFN2030 memperkenalkan lima (5) teras utama iaitu menambah baik polisi dan tadbir urus, mempromosi francais sebagai model perniagaan pilihan, memantap kapasiti dan keupayaan usahawan francais, mengoptimum capaian bantuan kewangan kepada usahawan francais dan meningkatkan akses ke pasaran domestik dan antarabangsa.
Kesemua teras utama ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing di peringkat global.
#kuskop #taatsetia
#wemakeithappen #madanibekerja
#dkn2030 #malaysiamadani
https://www.facebook.com/share/p/18CgM8c1WD/?mibextid=wwXIfr