Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
February 20, 2025 at 09:19 AM
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) melakar pencapaian penting dalam pendidikan tinggi berteraskan keusahawanan dan koperasi di Malaysia apabila berjaya menghasilkan graduan sulung pada Majlis Konvokesyen UKKM di World Trade Centre, Kuala Lumpur hari ini. Pada majlis konvokesyen ini turut berlangsung majlis pemasyhuran YBhg. Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai Pro Canselor UKKM yang baharu. YB Dato' Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selaku Canselor UKKM turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua graduan dan UKKM atas pencapaian yang membanggakan ini. Menurut beliau, UKKM kini dalam rangka untuk menerapkan pendekatan "Work Based Learning" bagi peringkat pengajian prasiswazah demi memastikan graduan yang bakal dilahirkan akan menjadi pilihan dan rebutan industri. UKKM merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi kebitaraan keusahawanan koperasi pertama di Malaysia dan antara terawal di ASEAN yang telah memulakan operasinya pada 29 Mac 2023. #kuskop #taatsetia #wemakeithappen #madanibekerja #dkn2030 #malaysiamadani Facebook https://www.facebook.com/share/p/19qvV5LKbK/?mibextid=wwXIfr Instagram https://www.instagram.com/p/DGSf5eGvR8P/?igsh=c21uajF5NDl2em8w TikTok https://vt.tiktok.com/ZSMr2dcjf/ X https://x.com/kuskopmalaysia/status/1892503695314829785?s=46
❤️ 1

Comments