Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
February 26, 2025 at 09:05 AM
YBhg. Dato' Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program MADANI Rakyat (PMR) Negeri Sabah Bil.1 Tahun 2025 yang berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur hari ini. Mesyuarat ini bertujuan menyelaras gerak kerja dan tanggungjawab antara Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), selaku penganjur utama PMR dan KUSKOP serta Pentadbiran Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Sabah selaku penganjur bersama bagi edisi kali ini. Sebagai pembuka tirai PMR 2025, Daerah Tawau, Sabah dipilih sebagai lokasi pertama jelajah PMR yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 11 Mei nanti. Pelbagai perkhidmatan touch point kepada rakyat sedang dirancang dan pelbagai aktiviti menarik bakal disediakan kepada pengunjung yang hadir. Bagi penganjuran PMR 2025 Sabah, KUSKOP komited merealisasikan tema “Menoktahkan Kemiskinan Menerusi Keusahawan dan Koperasi". Kerjasama antara PACU, KUSKOP dan Kerajaan Negeri Sabah dalam penganjuran kali ini akan terus memperkukuh sinergi untuk memastikan perkhidmatan yang lebih menyeluruh demi kesejahteraan bersama. Hadir sama, Encik Ahmad Jefry Aziz @ Adan, Pengarah Eksekutif PACU, Encik Mohd Khalil Zaiyany Sumiran, Pengarah Bahagian Pengurusan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Puan Moira David, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah (MIDE) dan Pengurusan Tertinggi KUSKOP dan agensi. #kuskop #taatsetia #wemakeithappen #madanibekerja #dkn2030 #malaysiamadani https://www.facebook.com/share/p/1DiyMMXTqA/?mibextid=wwXIfr

Comments