Zakat MAINPP
Zakat MAINPP
February 27, 2025 at 09:50 AM
💥 Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang Tahun 1446H / 2025M . ULANGKAJI SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH: Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah: 👉 Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. 👉 Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari. 👉Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya. 👉Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadan. . Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah seperti berikut yang bermaksud: “…Maka sesiapa mengeluarkan (fitrah) sebelum sembahyang Hari Raya maka itulah zakat yang diterima dan sesiapa mengeluarkannya sesudah sembahyang Hari Raya maka pengeluarannya itu merupakan sedekah sahaja.” . Daftar dan bayar pelbagai jenis zakat termasuk Zakat Fitrah secara dalam talian di portal rasmi zakatpenang2u.com. . #zakatfitrah1446h #zakatfitra

Comments