UKM FST TO THE FORE 💜
UKM FST TO THE FORE 💜
February 2, 2025 at 03:42 AM
*✨ Pengedaran Limau Tahun Baru Cina 2025 🍊* Sempena sambutan Tahun Baru Cina, kami dari Sekretariat Sivik dengan penuh semangat ingin menyebarkan keceriaan dan semangat perayaan melalui pengedaran limau mandarin kepada anda semua! 🎉 📅 Tarikh: 3 Februari 2025 ⏰ Masa: 12pm 📍 Lokasi: Pusat Aktiviti Pelajar (PAP), FST Limau mandarin bukan sahaja simbolik kepada tuah dan kemakmuran, tetapi juga tanda penghargaan dan kasih sayang yang ingin kami sampaikan kepada anda. Jom bersama-sama memeriahkan suasana dan menyambut perayaan ini dengan penuh harmoni! 🌟 Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana! 🎊 *Eksekutif Sivik dan Integrasi Kaum* *Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi* *Sesi 2024/2025* *Universiti Kebangsaan Malaysia*

Comments