
UKM FST TO THE FORE 💜
February 7, 2025 at 11:07 AM
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
*Semua Mahasiswa/i*
Universiti Kebangsaan Malaysia
Saudara/i,
*JEMPUTAN PELAJAR KE SYARAHAN UMUM OLEH TYT RECEP TAYYIP ERDOGAN, PRESIDEN REPUBLIK TURKIYE*
Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan Syarahan Umum oleh TYT Recep Tayyip Erdogan, Presiden Republik Turkiye seperti butiran berikut:
*Tarikh : 10 Februari 2025 (Isnin)*
*Masa : 2.00 petang – 4.30 petang*
*Tempat : Dewan Plenary, Putrajaya International Convention Centre*
*Masa bertolak : 12.30 tengah hari*
*Tempat Berkumpul : Pusanika, UKM*
*Kod Pakaian : Pakaian Kebangsaan/Lounge Suit*
3. Sehubungan itu, pihak HEP-UKM bagi pihak penganjur mempelawa semua pelajar UKM yang berkelapangan untuk menghadiri majlis ini. *Penyertaan terhad kepada 180 orang pelajar tempatan dan 20 orang pelajar antarabangsa.* Dimohon kerjasama semua peserta juga untuk *membuat pengesahan kehadiran di pautan https://forms.gle/vLcSkS2Jg9JPPeBb8 dan menyertai WhatApps Group berikut: https://chat.whatsapp.com/DzRPgia7rdpA7jW0D6uRak sebelum 9 Februari 2024 (Ahad) jam 2.00 petang.*
4. Bersama-sama ini dilampirkan atur cara program untuk perhatian saudara/i selanjutnya. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Muhammad Izzat Hakim Mohd Noh ditalian 017-7014433.
Segala kerjasama pihak saudara/i berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
*IKHWAN A’ZIM ISHAK*
Penolong Pendaftar
s.k
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
- Pengarah, HEP-UKM