
UKM FST TO THE FORE 💜
February 10, 2025 at 04:09 PM
*[PMFST Berkongsi Rezeki]*
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) menerima sumbangan produk penjagaan rambut daripada Yayasan Foodbank Malaysia (YFBM) tempoh hari. Oleh itu, pihak PMFST ingin berkongsi rezeki bersama dengan kolej akademia (atau kolej angkat FST khususnya) iaitu Kolej Ungku Omar, Kolej Burhanuddin Helmi dan Kolej Pendeta Za'ba untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama dan silaturahim, serta menyantuni kebajikan pelajar UKM.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pelajar UKM yang menginap di ketiga-tiga kolej kediaman tersebut.
_FST to the Fore_
_Leave No One Behind_
*Persatuan Mahasiswa*
*Fakulti Sains dan Teknologi*
*Universiti Kebangsaan Malaysia*
*Sesi 2024/2025*