UKM FST TO THE FORE 💜
UKM FST TO THE FORE 💜
February 15, 2025 at 07:19 AM
*[BORANG TINJAUAN MASALAH/ ADUAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN]* Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Rejuvenasi Demi Kesatuan, Pihak KMUKM mengambil maklum tentang beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh pelajar sepanjang minggu peperiksaan berlangsung. Kami menyedari bahawa terdapat beberapa perkara yang sepatutnya tidak menimbulkan masalah, namun telah menjadi kekangan kepada pelajar di dewan peperiksaan akibat tindakan dan ketetapan yang dilaksanakan oleh pengawas peperiksaan. Oleh itu, tinjauan ini dijalankan bagi mendapatkan maklum balas serta mengenal pasti isu yang dihadapi oleh pelajar sepanjang minggu peperiksaan berlangsung. 🔗https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf2dIGKmY_hlh9HgPjaPDRhWxUhEj9JcvY8PkrwRJQaQSULgQ/viewform?usp=header Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan para pelajar untuk mengisi borang tinjauan ini bagi membantu pihak KMUKM dalam mengenal pasti isu dengan lebih terperinci dan memastikan tindakan susulan dapat diambil dengan lebih berkesan. Sekian, terima kasih. *_ _ _ _REJUVENASI DEMI KESATUAN_ _ _ _* *KESATUAN MAHASISWA* *UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA* *SESI 2024/2025*

Comments