UKM FST TO THE FORE 💜
UKM FST TO THE FORE 💜
February 20, 2025 at 01:42 PM
*[Imbas Kembali : Eco Plogging Run 2025]* Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera. Pada 15 Februari 2025 (Sabtu) yang lalu, pihak PMFST telah dijemput sebagai salah satu organisasi kerjasama dalam program Eco Plogging Run 2025 bersama dengan UKM-GSB dan KMUKM bertempat di Pantai Kelanang, Selangor. Seramai 75 orang pelajar UKM dan ahli korporat serta 17 orang AJK dan sukarelawan berganding bahu melaksanakan aktiviti berlari sambil mengutip sampah atau istilah lainnya "plogging" di sekitar ladang dan pantai. Program ini juga dianjurkan sempena Hari Paya Bakau Sedunia dan ingin menerapkan sifat menjaga alam sekitar dalam kalangan peserta. Semoga program ini memberi kesan yang positif kepada pelajar UKM. *Persatuan Mahasiswa* *Fakulti Sains dan Teknologi* *Universiti Kebangsaan Malaysia* *Sesi 2024/2025*
❤️ 2

Comments