UKM FST TO THE FORE 💜
February 26, 2025 at 12:53 PM
🌙 IHYA' RAMADAN 2025 🌟
Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, kami dari PMFST UKM dengan penuh sukacita ingin menjemput anda semua untuk menyertai program Ihya' Ramadan 2025 yang akan berlangsung secara atas talian bermula 1 Mac hingga 16 Mac 2025.
Program ini diadakan bagi mengimarahkan bulan suci Ramadan serta menyemarakkan semangat perpaduan dan kerohanian dalam kalangan warga universiti. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun khas untuk anda, termasuk:
✨ Quiz Ramadan – Uji pengetahuan anda tentang Ramadan dan Islam.
✨ Nukilan Ramadan – Luahkan kreativiti anda melalui karya nukilan penuh makna.
✨ Tadarrus Al-Quran – Sertai bacaan Al-Quran secara maya untuk menambah pahala.
✨ Ceramah – Perkongsian ilmu untuk meningkatkan kefahaman dan amalan.
Marilah kita sama-sama menghayati keindahan Ramadan dengan aktiviti bermanfaat yang akan memberi impak positif kepada diri dan komuniti. Jangan lepaskan peluang ini untuk mengukuhkan hubungan ukhuwah, memperbanyakkan ibadah, dan memanfaat
*Eksekutif Sivik dan Integrasi Kaum*
*Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Sesi 2024/2025*
*Universiti Kebangsaan Malaysia*
❤️
2