Info Politik UMNO PG
Info Politik UMNO PG
February 12, 2025 at 11:53 PM
*IMPAK (JS-SEZ) TERHADAP JOHOR* Apakah impak Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) terhadap pembangunan ekonomi Johor dan Malaysia? Saksikan wawancara eksklusif mengenai JS-SEZ yang akan disiarkan di CNA Correspondent pada 19 Februari ini, jam 9:30 malam di saluran CNA. JS-SEZ bukan sekadar kerjasama antara dua negara, tetapi juga berperanan penting dalam merancakkan sektor industri, memperkenalkan peluang pekerjaan berkualiti, dan menggalakkan pembangunan infrastruktur yang dapat memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat Malaysia, khususnya di Johor. Selain itu, inisiatif ini turut memainkan peranan utama dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam pelbagai sektor ekonomi. Wawancara ini akan memaparkan lebih lanjut tentang visi dan strategi di sebalik agenda JS-SEZ ini, serta bagaimana ia bakal memberikan impak positif yang berpanjangan kepada ekonomi negeri serta negara demi kesejahteraan rakyat. Jangan lupa saksikan wawancara istimewa ini! Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor #bangsajohor #majujohor #johorbersih #johorselamat #xtifjohor #jssez https://www.facebook.com/share/v/1DPs5kGFgG/?mibextid=wwXIfr

Comments