Info Politik UMNO PG
Info Politik UMNO PG
February 16, 2025 at 03:38 PM
π’πŽπŠπŽππ† 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŒπ”π…π“πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 Saya sokong pandangan Mufti negeri Terengganu Mohamad Sabri Haron. Perlu ada garis panduan bagi umat Islam yang menghadiri acara agama orang bukan Islam. Kenapa mahu dijadikan masalah dan polemik? Bukankah hak orang Islam untuk tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam soal hukum hakam agama mereka. Orang Islam perlu ada garis panduan agar mereka dapat menjaga aqedah. Sekurang kurangnya orang bukan Islam juga maklum apa yang boleh dan yang tidak boleh. Maka tidak timbul orang bukan Islam kecil hati jika ada acara agama yang orang Islam tidak hadir. Mereka juga tidak perlu menjemput orang Islam hadir ke majlis agama tersebut jika ia tidak sesuai kepada orang Islam. Sebab itu mana logiknya kewujudan garis panduan memecah belah dan meyekat keharmonian kaum? Walhal garis panduan itu yang membantu semua pihak untuk lebih sensitif. Hujah Mufti Trengganu tepat sekali. Garis panduan bertujuan memupuk rasa hormat-menghormati antara kaum dan mengelakkan salah faham dalam isu berkaitan agama. Garis panduan itu berkaitan urusan agama. Tidak berkaitan isu perayaan seperti jamuan rumah terbuka Tahun Baru Cina. Garis panduan itu tidak semestinya mandatori pada orang bukan Islam, tetapi menjadi hak pada orang Islam untuk mematuhinya. Maka kerajaan perlu meneruskan perancangan garis panduan tersebut. https://www.facebook.com/share/p/1CBbYuYVcC/?mibextid=wwXIfr

Comments