
InspirasiQasehKu
May 22, 2025 at 09:58 AM
Alhamdulillah, YAPEIM meneruskan komitmen memperkasa komuniti luar bandar melalui Program Santuni Komuniti MADANI yang dilaksanakan di Pulau Tuba dan Pulau Langkawi pada 16 Mei yang lalu. Dengan jumlah sumbangan keseluruhan sebanyak RM27,200, bantuan melibatkan 80 orang nelayan Pulau Tuba dengan peruntukan berjumlah RM17,200, geran keusahawanan sebanyak RM5,000 kepada usahawan tempatan serta sumbangan RM5,000 kepada Masjid Aishah, Pulau Langkawi bagi menyokong penganjuran aktiviti kemasyarakatan dan pengimarahan masjid, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam membangunkan komuniti secara inklusif dan berdaya tahan.
Program ini adalah sebahagian daripada pendekatan bersasar YAPEIM dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sektor tradisional seperti perikanan serta keusahawanan mikro.
Teruskan menyokong kami dengan menyumbang secara one-off https://qaseh.yapeim.my/ atau secara berkala melalui Direct Debit YAPEIM https://infaqpay.my/go/yapeim?referrer=HQ0003
#genginfaq #jominfak #infaqiscool

👍
2