InspirasiQasehKu
InspirasiQasehKu
May 27, 2025 at 03:58 AM
*Infak & Qurban:* *Tanda Cinta Kepada Allah SWT* Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi simbol ketaatan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. Ibadah qurban dan infak mengajar kita untuk memberi apa yang kita cintai demi meraih reda Ilahi. Sama ada menyumbang haiwan qurban, menyalurkan infak atau berkongsi rezeki mengikut kemampuan, semuanya adalah peluang meraih ganjaran besar dari Allah SWT. Dalam suasana dunia yang mencabar, masih ramai yang belum merasai nikmat daging korban. Di sinilah pentingnya kita mengambil peluang Aidiladha untuk bukan sekadar menyambut, tetapi menghidupkan semangat memberi dan berkongsi. Tangan yang memberi tidak akan rugi, malah dilimpahi keberkatan. Qurban itu pengorbanan, infak itu keikhlasan – kedua-duanya lambang cinta kepada Allah dan insan yang memerlukan. YAPEIM kini membuka peluang kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah qurban bagi tahun 1446H/2025M. 🕌Tempahan kini dibuka! ✨Kelebihan melaksanakan ibadah qurban bersama kami:✅Pengurusan penyembelihan yang sistematik & mengikut syarak. ✅Agihan daging kepada golongan asnaf & yang memerlukan. ✅Sijil penyertaan disediakan. 📲Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi 019-332 2627 secara terus atau WhatsApp. Semoga ibadah qurban kita diterima Allah SWT dan menjadi saham akhirat yang berkekalan. ------------------------------------- Teruskan menyokong kami dengan menyumbang secara one-off https://qaseh.yapeim.my/ atau secara berkala melalui Direct Debit YAPEIM https://infaqpay.my/go/yapeim?referrer=HQ0003 #genginfaq #jominfak #infaqiscool
Image from InspirasiQasehKu: *Infak & Qurban:* *Tanda Cinta Kepada Allah SWT*   Aidiladha bukan sek...
👍 4

Comments